Sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010
Guru Pembina Negara Bangsa

Wednesday, May 19, 2010

Objektif Peraduan Menulis Mutiara Kata Hari Guru 2010


Tajuk
Peraduan Mutiara Kata Hari Guru Sempena Hari Guru Peringkat Sekolah 2010


Tarikh
1-15 MEI 2010


Tempat
SMK Kampar


Anjuran
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Cina
Persatuan Bahasa Tamil
Panitia Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Cina

Mukadimah
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Matlamat
Menggalakkan pelajar menghargai jasa dan pergorbanan guru di sekolah.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam kalangan pelajar.
Menggalakkan pelajar dengan penulisan kreatif dan kreativiti.


Keikhlasanmu Guru


Inginku Selami Hatimu Guru
Mengenal Keperibadian Murnimu
Betapa Dirimu Dalam Ketabahan
Gigih Menggenggam Tanggungjawab
Tiada Kedengaran Bosan Dibibir
Ingin Sekali Aku Menjadi Sepertimu Guru
Tiada kelihatan Jemu Rautmu
Tak Pernah Kenal Erti Penat
Tidak Meminta Puji Dan Puja
Memancarkan Sinar Ilmumu Sepenuh Rela
Kini Telah Aku Buktikan
Betapa Aku Adalah Sepertimu
Ingin Berjasa Di Medan Ilmu
Mangajar Dan Mendidik Anak Bangsa
Cekal Dan Tabah Menempuh Dugaan
Kini Bersamalah Kita
Mengharungi Dugaan Dan Cabaran
Jujur Dan Ikhlas Kita Berbakti
Bersama Menadah Tangan Dengan Doa Restu
Kepada Tuhan Menjanjikan Pembalasan

No comments:

Post a Comment